Thursday, July 26, 2012

ramadan

Ramadhan,
Kau tiba lagi,
membawa seribu kebaikan,
aku menantimu sejak ramadhan yang lepas lagi,
untuk terus memanfaatkan kebaikan.

Wednesday, July 28, 2010

rintihan hati seorang aku...

aku adalah seorang manusia..
dikurniakan akal, hati dan perasaan..
juga segala pancaindera seperti yang lain...

aku punya perasaan..
perasaan yang kadang menduga akal dan hatiku untuk membuat keputusan..
ya Allah berilah petunjukmu agar aku dapat membuat keputusan yang terbaik..
wahai insan2 disekelilingku  maafkan aku andai keputusan yg kucapai mengguris hati..
aku hanya manusia yang lemah...

Thursday, April 15, 2010

~~sUmPaHaN CiNtAmU~~

aku sering tertanya2 sendiri...
mengapa semakin aku pergi,
jarak antara kita semakin pergi,

kau sering membuatku tersenyum sendiri,
aku teringatkanmu ketika aku sendiri,
aku malu bila aku berdepanmu sendiri,
hatiku bergelora bila aku berdepanmu sendiri,

mataku malu bertentang denganmu,
aku sering lari darimu,
namun semakin aku merindumu,
aku ingin bertanya padamu,

apa yang telah kau lakukan padaku,
cinta ini seakan sumpahan cintamu padaku,
mahu aku jauhkanmu dari diriku,
mahu aku katakan jangan dekat dengan diriku,

aku sering rindukan dirimu,
aku ingin pergi darimu,
aku takkan mencari dirimu,
lupakan aku dari memorimu.

~~sEnAnDuNg HaTiKu~~

rindu...

di saat ku membuangnya,
hati ini meronta2 inginkannya,
aku sudah bertegas dengannya,
ingin kubuangkannya,

rindu itu sengaja mengetuk kembali,
cinta itu datang kembali,
aku sering tersenyum sendiri lagi,
aku sering terasa seperti sembilu menyucuk hatiku lagi,

aku menghalaunya pergi,
aku begitu kerana hatiku kini bersegi,
aku tidak mampu menerimanya lagi,
ada insan lain yang lebih berhak lagi,

rela aku berkorban,
hati relalah kau berkorban,
aku perlu berkorban,
aku mesti berkorban,

aku tidak layak untuknya,
aku tidak mampu bersamanya,
aku tidak mahu kesilapan dilakukannya,
biarlah aku tidak disisinya,

rindu pergilah kau,
jauhkan aku dari kau,
aku tak mampu menanggung kau,
aku kalah di depan kau,

pergi sebelum aku lemah,
aku insan yang lemah,
aku semakin lemah,
aku tersiksa kerana lemah,

kerana rindu itu membuatkan cinta aku semakin mekar ,
cinta yang sudah dipagar,
aku melepaskannya kerana aku tegar,
walau ia sering berlegar...